Latar belakang kehidupan Amani Williams Hunt Abdullah

Dilahirkan sebagai Anthony Williams-Hunt, beliau adalah satu-satunya anak lelaki Peter Darell Rider Williams-Hunt, penasihat orang asli di Malaysia sejurus selepas Perang Dunia II, dan Wah Draman, seorang wanita Orang Asli dari suku Semai dari Kuala Woh yang terletak di kaki Cameron Highlands.[5] Ayahnya meninggal dalam kemalangan di sebuah kampung orang asli di hutan ketika dia baru berumur satu tahun.

Peter Williams-Hunt telah melakukan perjalanan ke Tapah untuk majlis perkahwinan kakak iparnya. Dalam perjalanan pulang ke kampung Wah Draman, jambatan kayu yang dilaluinya runtuh, dan ketika beliau jatuh Peter Williams-Hunt tertusuk oleh salah satu penyangga kayu. Beliau meninggal dunia lapan hari kemudian di Hospital Batu Gajah pada 11 Jun 1953.

Peter Williams-Hunt

Pemergian Peter Williams-Hunt terkenal di peringkat antarabangsa dan kemasyhurannya sebagai Tuan Janggot mendorong pemakaman tradisional Semai yang besar dan dihadiri oleh ramai orang tempatan. Anak mereka, Tony Williams-Hunt, yang dikenali sebagai Bah Tony dilahirkan hanya tiga minggu sebelum kematian bapanya.

Williams-Hunt dalam tempohnya, menulis beberapa rencana seminal tentang Orang Asli di Tanah Melayu. Beliau juga seorang juruggambar udara yang terlatih dan mengumpulkan lebih dari 5,000 foto udara Malaysia, Singapura, Myanmar, Thailand, Kemboja dan pelbagai wilayah di Vietnam semasa dalam tugasan di Asia Tenggara.[6]

Rujukan

WikiPedia: Amani Williams Hunt Abdullah http://bn.bonology.com/2012/10/bah-has-had-it-with... http://weehingthong.wordpress.com/2012/09/08/abdap... http://undi.info/# http://ipohecho.com.my/v2/2010/10/23/orang-asli-ac... http://ipohecho.com.my/v2/2011/03/01/charged-for-s... http://www.myundi.com.my/pru13/region.aspx http://www.nst.com.my/nation/general/4-orang-asli-... http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/1... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/... http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=Pil...